'Base Jump' sempena sambutan 25 tahun Putrajaya - Utusan Malaysia

‘Base Jump’ sempena sambutan 25 tahun Putrajaya

PETER Johnny melakukan aktivit 'Base Jump' di Jambatan Gantung Monorel, Persint 4, Putrajaya hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebagai simbolik menyambut ulang tahun ke-25 Putrajaya, Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini menganjurkan aktiviti sedikit luar biasa iaitu Base Jump di Jambatan Gantung Monorel di sini.

Program yang bermula pukul 9 pagi itu melibatkan tujuh penerjun profesional namun lima daripadanya merupakan penerima Sijil Pengiktirafan United States Base Association (USBA). 

Lima yang mendapat pengiktirafan USBA adalah Adi Khirman Marji; Peter Johny; Ahmad Zaharuddin Zainuddin; Azuan Taharuddin dan A. Aziz Ahmad.

Program tersebut disaksikan sendiri oleh Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, malah beliau berbangga kerana seorang daripada penerjun merupakan kakitangan PPj yang aktif dalam sukan ekstrem berkenaan.

Aminuddin memberitahu, sukan Base Jump sudah tiga kali dilakukan di sini termasuk sambutan Hari Wilayah Persekutuan 1 Februari lalu.

“Hari ini, 29 Ogos adalah hari jadi Putrajaya. Pada masa yang sama 25 tahun lalu, sekitar pukul 10 pagi, ada upacara tanam kapsul masa.

“Namun, pada pagi ini, kita laksanakan program seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program itu di sini hari ini.

Semalam, PPj melancarkan dua signifikan program kepada sambutan ulang tahun Putrajaya iaitu pelancaran siling peringatan dan setem peringatan.

Kedua-duanya dilancarkan Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN