Aman Jaya, Kedah dikenakan PKPD malam ini - Utusan Malaysia

Aman Jaya, Kedah dikenakan PKPD malam ini

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bermula pukul 12.01 tengah malam ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran  (Temco) akan dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah.

Perintah itu selaras dengan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan PKP yang akan dilaksanakan sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melur.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Temco itu melibatkan 22,360 isi rumah (265 rumah) dan kesemuanya akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).  

“Penduduk di zon terlibat tidak dibenarkan keluar zon manakala, orang luar tidak dibenarkan memasuki zon terlibat. Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia akan melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk zon yang terlibat.

“Individu yang perlu keluar bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan sepanjang tempoh PKPD itu dilaksanakan. Majikan pula diminta untuk mengambil maklum akan perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah. Tempat awam seperti masjid, rumah ibadat, sekolah dan taska diarahkan tutup sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi seperti premis yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti kedai makan, kedai runcit, warung, stesen minyak, kedai runcit dan farmasi, klinik serta hospital sahaja.

“Premis perniagaan lain dan kilang adalah dilarang untuk beroperasi. Restoran, kedai makan hanya boleh menggunakan kaedah bawa pulang sahaja dan hanya boleh beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, manakala waktu operasi farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan sehingga pukul 8.00 malam sahaja.

“Stesen minyak dan kedai runcit boleh beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja. Operasi pasar malam dan pasar tani juga adalah tidak dibenarkan, manakala hanya operasi pasar harian dibenarkan bermula dari pukul 6 pagi hingga 2 petang sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, hanya ketua keluarga atau seorang dari sebuah rumah sahaja dibenarkan keluar bagi tujuan pembelian barang makan atau keperluan keluarga.

Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya