YPKT laksana Kap dalam talian - Utusan Malaysia

YPKT laksana Kap dalam talian

WAN MOHD. ZAKI WAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mengambil pendekatan melaksanakan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata (Kap) secara dalam talian susulan pandemik Covid-19.

Pengarahnya, Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah berkata, inisiatif itu secara tidak langsung memberi alternatif kepada pengasuh di kesemua 68 taska milik agensi berkenaan untuk menimba ilmu tanpa perlu menghadiri kelas.

Katanya, sebanyak enam siri kursus diadakan bermula pada 3 Ogos ini hingga November depan melibatkan seramai 300 peserta.

“Pengajian dalam talian ini dilakukan secara sepenuh masa dan pada hujung minggu mengikut jadual ditetapkan,” katanya dalam majlis perasmian program itu di dewan utama YPKT di sini hari ini.

Kap merupakan kursus wajib di bawah Akta Taska 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) 2012, yang memberi penekanan kepada enam bidang perkembangan utama kanak-kanak di bawah usia empat tahun, bersesuaian dengan keperluan pertumbuhan dan perkembangannya.

Dalam perkembangan sama, Wan Mohd. Zaki berkata, permohonan untuk mengikuti Kap dalam talian turut dibuka kepada mana-mana agensi taska yang berminat melalui sistem Ezi2care.

Katanya, selain Kap yang wajib dihadiri semua pengasuh, YPKT turut melaksanakan satu siri Kursus Latihan Kejurulatihan (TOT) kepada guru-guru berkelayakan membabitkan seramai 35 peserta di samping beberapa kursus lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya