Penduduk Kluang bimbang kluster Covid-19 baharu - Utusan Malaysia

Penduduk Kluang bimbang kluster Covid-19 baharu

DUA anggota polis mengawal pintu masuk pusat jagaan warga emas di Taman Bahagia, Kluang, Johor, semalam. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Para penduduk daerah ini melahirkan perasaan bimbang ekoran kewujudan kluster Covid-19 baharu di sini yang berpunca daripada sebuah rumah pusat jagaan warga emas di Taman Bahagia.

Menurut suri rumah, Hamidah Ibrahim, 60, walaupun rumah tersebut dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan, namun mereka risau sekiranya dijangkiti virus tersebut.

Sebaliknya, dia berharap kerajaan tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini seperti mana yang berlaku di Simpang Renggam pada April lalu.

“Mak cik mula-mula terkejut juga selepas mendengar ramai warga emas di situ disahkan positif Covid-19. Oleh sebab itu, kami di sini mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta jiran-jiran termasuk kanak-kanak tidak pergi ke kawasan berhampiran.

“Setakat ini, alhamdulillah semua penduduk patuhi arahan pihak berkuasa dengan tidak menghampiran kawasan terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagi seorang pesara, Tee Swee Tek, 80, walaupun risau dengan situasi tersebut, namun dia amat yakin dengan langkah pihak berkuasa mengawal penularan Covid-19 di daerah ini.

“Sejak semalam, setiap masa peronda polis datang sini untuk memantau dan mengawal seluruh kawasan, ini amat bagus supaya kita lebih berjaga-jaga.

“Risau tetap risau sebab saya pun sudah 80 tahun, tetapi jika semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan, kita akan selamat daripada dijangkiti wabak ini,” katanya

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di pusat jagaan berkenaan, kelihatan beberapa pekerja masih berada di premis tersebut yang dikawal ketat oleh anggota polis dan turut dilihat pita penghalang diletakkan bagi tidak membenarkan orang ramai masuk.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan dikatakan telah melakukan proses sanitasi di seluruh premis berkenaan pada pagi ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan kluster baharu yang dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang dengan kes pertama membabitkan kes kematian Covid-19 yang dilaporkan iaitu kes ke-8,770 yang mana ujian saringan didapati positif wabak itu.

Susulan itu, beliau berkata, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan terhadap 39 orang, 14 kes positif Covid-19 manakala 18 individu adalah negatif dan tujuh masih menunggu keputusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN