Polis Selangor buka siasatan kes tembak penculik remaja

Polis Selangor buka siasatan kes tembak penculik

Penculik
HUSSEIN Omar Khan memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada program itu di Dewan Serbaguna Balai Polis Pandamaran, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis Selangor membuka kertas siasatan berhubung kes seorang suspek penculikan remaja perempuan yang maut dalam insiden berbalas tembakan di Bandar Bukit Tinggi di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh anggota polis.

“Kertas siasatan itu dibuka oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan manakala kes culik disiasat polis Negeri Sembilan.

“Kita masih turut menyiasat faktor lain termasuk berapa jumlah das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis Serah Terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Selatan, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seorang pemuda dipercayai suspek kes culik ditembak mati oleh polis dalam aksi berbalas tembakan berdekatan Jalan Batu Unjur itu.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, suspek berusia 21 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Seremban, Negeri Sembilan cuba ditahan polis namun bertindak melawan arus.

Bagaimanapun, keretanya berlanggar dengan kenderaan polis dan berjaya dipintas sebelum berlaku kejadian berbalas tembakan menyebabkan suspek ditembak mati di tempat kejadian.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan dan Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, ketika kejadian suspek menggunakan jenis Proton Wira berwarna Biru dan bernombor pendaftaran JKC2656.

Suspek dikesan susulan beberapa serbuan dan tangkapan dibuat sebelum ini berhubung kejadian culik oleh suspek yang meminta wang tebusan berjumlah RM2 juta pada 10 April lalu.

Polis berjaya menahan tiga lelaki dan tiga wanita kesemuanya berusia dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun di Sendayan bagi membantu siasatan dan berjaya menemukan RM230,000 selain rampasan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya