Premis simpan mercun, bunga api RM1.2 juta digempur

Premis simpan mercun, bunga api RM1.2 juta digempur

Mercun
MERCUN dan bunga api yang dirampas polis menerusi satu serbuan dekat sebuah premis di Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebuah premis menyimpan mercun dan bunga api bernilai RM1.2 juta secara haram di Kampung Bukit Kuching, Jeram di sini, digempur polis semalam.

Serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

Perkara itu dibongkar Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menerusi Op Taring Landai.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi itu dilakukan pihaknya menerusi maklumat dan risikan berkaitan kegiatan di premis tersebut.

“Pemeriksaan membawa kepada rampasan 90 jenis mercun dan bunga api bernilai RM1.2 juta termasuk cukai.

“Seorang lelaki turut ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen sah melibatkan semua bahan berkenan,” katanya hari ini.

Tambah beliau, suspek dan barang rampasan dibawa ke PPM Pelabuhan Klang bagi tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut kes itu telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya