Polis siasat kaitan suspek gaduh dengan kumpulan samseng, kongsi gelap

Polis siasat kaitan suspek gaduh dengan kumpulan samseng, kongsi gelap

PKR Cabang Kuala Selangor
TANGKAP layar insiden pertengkaran yang berlaku dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Kuala Selangor 2025 dekat Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Polis menyiasat dakwaan lelaki terlibat dalam insiden pergaduhan yang berlaku pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Kuala Selangor 2025 pada Sabtu lalu mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster atau kongsi gelap.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 45 tahun itu kira-kira pukul 4.15 petang Isnin lalu di sekitar daerah ini.

“Suspek seorang lelaki berumur 45 tahun ditangkap bagi membantu siasatan dalam kes itu. Masih dalam siasatan (penglibatan dalam kumpulan gangster atau kongsi gelap). Ditangkap pada 3 Mac pukul 4.15 petang di kawasan Kuala Selangor,” katanya

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis menyiasat insiden pergaduhan yang berlaku pada MATC PKR Kuala Selangor 2025 yang diadakan di Bestari Jaya itu.

Azaharudin memberitahu, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut mendakwa diugut oleh seorang lelaki.

“Pengadu menyatakan menerima ugutan daripada seorang lelaki yang mengangkat parang kepada pengadu. Kemudiannya lelaki berkenaan datang ke arah pengadu dan membuat provokasi.

“Ekoran daripada laporan berkenana, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangr menjalankan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Selangor ditalian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu tular beberapa potongan video memaparkan insiden pertengkaran antara beberapa individu hadir dalam mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlangsung pukul 11.30 pagi.

Malah wujud dakwaan terdapat pihak yang membawa sekumpulan samseng pada mesyuarat berkenaan untuk mencetuskan kekecohan dan mengganggu proses mesyuarat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya