Pelajar perempuan 16 tahun hilang selepas ditegur bapa

Pelajar perempuan 16 tahun hilang selepas ditegur bapa

Pelajar hilang
REMAJA perempuan itu yang tular hilang sejak kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ditegur bapa kerana leka bermain telefon dipercayai punca seorang pelajar perempuan tingkatan empat hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja berusia 16 tahun itu daripada bapanya, pukul 9.27 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati anak kedua daripada lima beradik itu merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini.

“Punca mangsa meninggalkan rumah disebabkan teguran bapanya kerana terlalu leka bermain telefon dan turut disekat akses internet.

“Remaja berkulit sawo matang itu berketinggian 158 sentimeter dan berat 53 kilogram. Dia keluar rumah dengan berbaju putih lengan panjang selain bertudung hitam dan membawa beg sandang,” katanya malam ini.

Tambah Mohd. Iqbal, satu kertas Enkuiri Polis Orang Hilang (KEP OH) dibuka pihaknya bagi siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, kehilangan remaja itu tular di media sosial selepas keluar dari rumah keluarganya, kira-kira pukul 9 pagi kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya