Isu keluarga punca pergaduhan tular cederakan seorang lelaki

Isu keluarga punca pergaduhan tular cederakan seorang lelaki

Pergaduhan
TANGKAP layar daripada video tular memaparkan kejadian gaduh dekat Jalan Persiaran Raja Muda, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Isu keluarga menjadi punca pergaduhan menyebabkan seorang lelaki cedera dipukul dengan parang dan batang kayu di Jalan Persiaran Raja Muda, di sini.

Kejadian kira-kira pukul 9. 30 malam, 7 Februari lalu itu mengakibatkan mangsa berusia 37 tahun cedera di kepala dan tangan.

Insiden pergaduhan itu turut tular menerusi video berdurasi 43 saat dan mangsa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada seorang lelaki berusia 24 tahun, kira-kira pukul 10 pagi, 8 Februari lalu.

“Pengadu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada bapa saudara memberitahu mangsa dipukul di jalan raya. Siasatan mendapati mangsa dipukul abang ipar dan dua rakannya menggunakan kayu dan parang.

“Punca pergaduhan itu disebabkan oleh isu berkaitan keluarga,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang didapati mempunyai enam rekod jenayah lampau.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek telah dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan di Mahkamah Klang. Kita sedang berusaha mengesan dua lagi suspek yang masih bebas,” ujarnya.

Justeru, Hoong Fong meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian sulaya menghubungi pihaknya di talian 03-33762222 atau
balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya