Enam ubatan dirampas bantu siasatan kes isteri Ridzokumura

Enam ubatan dirampas bantu siasatan kes isteri Ridzokumura

Ridzokumura
HUSSEIN Omar Khan ditemui pemberita selepas meninjau sebuah kilang haram memproses sisa elektronik termasuk 50 tan peluru dan kelongsong dekat Telok Panglima Garang, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Enam jenis ubatan berbentuk pil dipercayai dari Jepun dirampas polis bagi membantu siasatan kes kematian isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzokumura yang maut terjatuh dari sebuah kondominium di Subang Jaya, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua ubatan yang ditemui di kediaman mangsa itu akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengenal pasti jenisnya.

“Kita kena jumpa pakar ubat untuk kenal pasti apa ubatan itu sama ada ia ubat biasa atau ubat lain. Selain itu, kita meminta bantuan ahli farmasi KKM dan juga kedutaan Jepun sekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas beliau, polis merekodkan keterangan enam individu Ridzokumura dan anaknya.

“Empat lagi individu adalah pihak hospital yang melakukan bedah siasat dan saksi awam yang berada di tempat kejadian. Kes berkenaan masih disiasat sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Tambah Hussein, pihaknya menjalankan siasat meliputi semua aspek termasuk kemurungan atau masalah perubatan dihadapi mangsa wanita warga Jepun itu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang wanita Jepun ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 pada 28 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan pasukan peronda dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan menerusi talian MERS 999, pukul 8.07 pagi.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 50-an sudah meninggal dunia dan dalam keadaan tertiarap di atas tanah.

Mangsa adalah suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu. Siasatan polis mendapati tiada sebarang elemen jenayah dikesan bagi kes berkenaan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya