Warga emas antara tiga rogol budak sekolah

Warga emas antara tiga rogol budak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki warga emas antara tiga individu diberkas polis bagi membantu siasatan dua kes rogol berasingan melibatkan mangsa bawah umur di sekitar Jeram di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, kes pertama melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang disyaki dirogol bapanya.

Menurutnya, polis menerima laporan kejadian itu daripada ibu mangsa, kira-kira pukul 8.29 malam dan sudah pun menahan suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 33 tahun bercerai dengan ibu kanak-kanak itu sejak 13 Februari 2022. Mangsa tinggal dengan bapanya dan dibenarkan bersama ibu pada hujung minggu serta cuti persekolahan,” katanya malam tadi.

Menurut Azaharudin, bagaimanapun kira-kira pukul 7 petang kelmarin wanita itu dimaklumkan oleh mangsa suspek melakukan hubungan seks dengannya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau memberitahu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun turut dirogol datuk dan bapa saudaranya berusia 66 dan 21 tahun.

“Laporan itu dibuat datuk saudara mangsa pada pukul 7.38 malam selepas remaja itu mengadu kepadanya. Kedua-dua suspek ditahan dan siasatan lanjut mendapati mereka mempunyai hubungan persaudaraan,” ujarnya

Tambah Azaharudin lagi, ketiga-tiga suspek direman selama enam hari sehingga 7 Februari depan bagi membantu siasatan.

“Dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya