Tiga selebriti dipanggil SPRM hari ini

Tiga selebriti dipanggil SPRM hari ini

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil tiga selebriti hari ini bagi memban­tu siasatan membabitkan sin­diket syarikat perunding ke­wangan membabitkan kes pe­ngubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketiga-tiga mereka akan hadir pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memberi keterangan.

“Kami memanggil mereka untuk membantu siasatan ber­hubung Op Sky. Bagaimana­pun, ini tak bermaksud mereka adalah suspek. Mereka hanya dipanggil untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Azam mengesahkan pihaknya akan memanggil selebriti terbabit termasuk seorang artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.

Siasatan mendapati ketiga-tiga selebriti dan artis itu dilantik menjadi ikon dan duta rasmi bagi mempromosikan syarikat perunding kewangan berkenaan dengan bayaran ki­ra-kira RM150,000 hingga RM400,000.

Pada Januari lalu, SPRM ber­­jaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan sya­rikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Perkara itu hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara di 24 lokasi menerusi Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus ope­randi dipercayai mempunyai unsur rasuah dan pengu­bahan wang haram.

Kegiatan rasuah dilakukan oleh pegawai institusi per­bankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peri­ba­di pelanggan melalui sebuah sya­rikat perunding kewangan.

Pegawai terbabit dipercayai menerima rasuah daripada sya­rikat perunding kewangan yang menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan ingin membuat pinjaman peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya