Tertekan perniagaan bermasalah dipercayai punca lelaki bunuh isteri - Utusan Malaysia

Tertekan perniagaan bermasalah dipercayai punca lelaki bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang ahli perniagaan selepas dipercayai membunuh isterinya di sebuah rumah di kawasan Bandar Sungai Long, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada anak lelaki pasangan itu berusia 35 tahun yang memaklumkan bapanya berusia 65 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dengan pisau selepas dipercayai membunuh ibunya.

Beliau berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian bersama pasukan forensik polis bagi menjalankan siasatan dan mendapati mangsa warga tempatan berusia 63 tahun ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia.

“Senjata pisau yang digunakan dalam kejadian ini telah dirampas bersama beberapa barang kes lain bagi membantu siasatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan dipercayai suspek mengalami tekanan perasaan akibat perniagaan yang dijalankan selama 25 tahun mengalami masalah kewangan dan penyakit yang dialami oleh isterinya,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Naazron berkata, buat masa ini, penyakit mangsa belum dikenal pasti kerana masih menunggu laporan penuh perubatan dan difahamkan pasangan ini telah berkahwin 36 tahun serta memiliki sepasang anak

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat pada 4.30 petang, semalam dan punca kematian adalah sesak nafas.

“Suspek dibenarkan reman selama seminggu sehingga 27 Februari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes Asisten Superintenden R. K. Umesh di talian 012-611 4900.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya