Polis buru lelaki pecah rumah di Bandar Baru Bangi - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki pecah rumah di Bandar Baru Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Bandar Baru Bangi, Sabtu lalu di mana dua bentuk cincin turut dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki berusia 38 tahun kira-kira pukul 11.15 malam pada hari yang sama.

“Mangsa mendapati rumah ibu mentuanya telah dipecah masuk sekitar pukul 7.47 malam.

“Hasil semakan rakaman CCTV menunjukkan suspek yang dipercayai seorang lelaki dengan bangsa tidak dapat dipastikan sedang melakukan jenayah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika disabit kesalahan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya