Op Hazard: Polis rampas e-waste di empat negeri bernilai RM721 juta - Utusan Malaysia

Op Hazard: Polis rampas e-waste di empat negeri bernilai RM721 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai sisa elektronik (e-waste) di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dianggarkan bernilai RM721 juta. 

Rekod rampasan itu menerusi pelaksanaan Op Hazard oleh Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta pihak berkuasa tempatan pada Sabtu lalu.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, sebanyak 12 serbuan telah dilaksanakan pihaknya membabitkan tujuh di Selangor, Negeri Sembilan (2), Melaka (1) dan Johor (2).

Menurutnya, seramai 47 individu termasuk tiga wanita turut ditahan dalam serbuan terbabit. 

“Bagi pecahan tangkapan pula, lima merupakan warga tempatan, manakala selebihnya membabit warga asing dari negara Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Kemboja, China dan Singapura.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Senjata Api 1960 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya