Indeks jenayah Selangor turun 12 peratus

Indeks jenayah Selangor turun 12 peratus

Indeks jenayah Selangor
HUSSIEN Omar Khan bergambar bersama S. Sasikala Devi dan anggota Persatuan Keluarga Polis pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Selangor, dekat Dewan D'Cerana, IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Statistik indeks jenayah di Selangor termasuk daerah Klang mencatatkan penurunan kes sebanyak 12 peratus pada tahun lalu menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah yang dipertingkatkan polis sebelum ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, peratusan melibatkan jenayah konvensional itu direkodkan pihaknya berbanding kes pada 2023.

“Ia termasuk menerusi rondaan motosikal, kereta peronda dan penyelarasan waktu rondaan yang mengikut trend jenayah di sesebuah kawasan.

“Jadi, pencegahan jenayah secara sistematik dan mengikut pola kes menjadi faktor menyumbang penurunan indeks jenayah terutama pecah rumah serta curi kenderaan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Selangor, hari ini.

Isnin lalu, kerajaan dilaporkan digesa segera menyiasat kesahihan data Indeks Jenayah Numbeo 2025 yang mendakwa Kuala Lumpur dan Klang di tempat ketiga dan keempat bandar paling berbahaya di Asia Tenggara.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng memaklumkan, ia bukan saja merungsingkan malah menjejaskan keselamatan ekonomi terutama sektor pelancongan sekiranya laporan itu berasas.

Kuala Lumpur dilaporkan menduduki tempat ketiga bandar paling berbahaya di Asia Tenggara, manakala bandar Klang pula menduduki tempat keempat.

Berdasarkan data indeks jenayah itu, Pulau Pinang disenaraikan sebagai bandar paling selamat di Malaysia.

Mengulas lanjut, kata Hussein, masyarakat perlu melihat kriteria apa diguna pakai untuk mentafsir keadaan jenayah berkenaan.

“Siapa yang mereka interview (temuramah) atau kayu ukur diguna (dalam data berkenaan).

“Saya tidak boleh komen lanjut dan polis mungkin boleh mengemukakan laporan khas berkaitan penurunan kes jenayah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya