Ah Boy hisap syabu, 'trigger happy' lakukan jenayah solo

Ah Boy hisap syabu, ‘trigger happy’ lakukan jenayah solo

Ah Boy
HUSSIEN Omar Khan menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Selangor antara S. Sasikala Devi dan Mohd. Zaini Abu Hassan dekat Dewan D'Cerana IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penjenayah dikenali ‘Ah Boy’ yang maut ditembak di Pulau Ketam, kelmarin didapati menagih syabu sebelum bergerak aktif melakukan jenayah bersenjata secara solo.

Dadah itu dipercayai menjadi faktor trigger happy atau pencetus terhadap suspek lelaki berusia 30-an berkenaan untuk menyamun, merompak dan mencuri kenderaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek hanya bergerak secara bersendirian tanpa rakan jenayah sejak lebih setahun lalu yang disyaki sudah menjadi tabiat lelaki dengan 15 rekod jenayah itu.

“Selain itu, kita percaya suspek akan mengambil dadah jenis syabu yang dianggap sebagai ‘trigger happy’ untuk melakukan jenayah.

“Hasil ujian darah menerusi proses bedah siasat hospital turut mendapati suspek positif dadah berkenaan,” katanya pada sidang akhbar majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Selangor, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan serah terima tugas Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan yang dilantik memegang jawatan itu dengan menggantikan Datuk S. Sasikala Devi yang bersara wajib esok.

Jelas Hussein, suspek sebelum ini pernah bergerak secara berkumpulan bersama dua hingga tiga rakan jenayahnya.

“Namun, dalam setahun dua ini, saya menegaskan kelakuan jenayahnya hanya dilakukan sendirian. Berdasarkan rekod, suspek terlibat dalam pengedaran dan penggunaan dadah. Selain itu, dia pernah menjalani hukuman penjara dua kali dan kali terakhir keluar pada 2019,” tambahnya.

Katanya lagi, dua pucuk pistol yang ditemukan bersama suspek dalam insiden berbalas tembakan dengan polis disahkan jenis semi automatik Sig Suer dan Retay.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan suspek yang terlibat dalam kejadian tembak dekat sebuah pusat beli-belah di Setia Alam maut dalam insiden berbalas tembakan dalam sebuah hotel di Pulau Ketam, Klang, kira-kira pukul 3 pagi kelmarin.

Selepas insiden pada 8 Februari lalu itu, suspek sempat melakukan lima kes jenayah lain selepas kejadian itu dan bergerak secara solo selain menggugut pemandu e-hailing dan pemandu lori dengan cara mengacukan pistol seperti dalam permainan video.

Sepanjang 10 hari diburu, suspek melakukan kes ugutan, samun, pecah rumah dan curi kenderaan dengan bersembunyi di Melaka, Banting dan Klang bagi mengelak dicekup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya