Stor sorok produk, ubat tidak sah RM404,930 digempur

Stor sorok produk, ubat tidak sah RM404,930 digempur

Stor ubat
ANTARA barangan yang dirampas dalam serbuan dekat sebuah stor di Jalan Pos Baru, di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah premis di Jalan Pos Baru di sini, dikesan menjadi stor simpanan produk makanan, minuman, barang penjagaan diri dan ubatan dipercayai tidak sah bernilai RM404,930.

Perkara itu terbongkar selepas diserbu Unit Gempur Marin (Ungerin) bersama Unit Risikan Marin Pelabuhan Klang menerusi Op Taring Landai, kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi khas itu dijalankan hasil maklumat pihaknya mengenai produk yang disyaki tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, ketika serbuan seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun dipercayai penjaga berada di premis berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan pelbagai produk termasuk ubatan dan makanan yang dipercayai tidak sah. Lelaki itu turut gagal mengemukakan dokumen kelulusan KKM dan ditahan bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas Rusley, produk yang dirampas meliputi 37 jenis barangan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Selain itu, ia melibatkan 16 jenis barangan mengikut Akta Makanan 1983. Kesemua rampasan berkenaan dianggarkan bernilai RM404,930.30,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya telah menyerahkan kes itu kepada KKM bagi siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya