Rumah diceroboh, nenek 73 tahun cedera ditumbuk

Rumah diceroboh, nenek 73 tahun cedera ditumbuk

Ditumbuk
SEORANG warga emas cedera pada bahagian mata, bibir dan lidah akibat ditumbuk lelaki yang menceroboh rumahnya dekat Kampung Pasir Tuntong, di Kuala Selangor, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang wanita warga emas cedera pada bahagian mata, bibir dan lidah akibat ditumbuk lelaki yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Pasir Tuntong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajuddin berkata,
pihaknya menerima laporan kejadian itu, kira-kira pukul 5.50 petang dan siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 34 tahun menetap berdekatan rumah mangsa.

“Ketika kejadian, wanita berusia 73 tahun itu didatangi suspek yang masuk melalui pintu rumah yang terbuka lalu menerkam dan menumbuk mangsa. Sewaktu pergelutan, mangsa menjerit meminta pertolongan dan suspek segera keluar melarikan diri,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, wanita itu kemudian meminta bantuan jiran dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi rawatan lanjut.

“Mangsa disahkan mengalami kecederaan lebam mata kiri dan luka di bibir akibat ditumbuk suspek. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan.

Terdahulu, keluarga mangsa menerusi media sosial mahu si pelaku segera ditahan atas perbuatan tidak berperikemanusiaan yang sanggup memukul warga emas sehingga cedera.

Selain muka dan kepala, mangsa didakwa turut cedera di bahagian lidah sehingga perlu dijahit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya