Polis kesan lelaki lari dari sekatan jalan raya

Polis kesan lelaki lari dari sekatan jalan raya

Lari
TANGKAP layar memaparkan lelaki dikejar polis selepas bergelut dan melarikan diri dari sekatan jalan raya dekat Persiaran Batu Belah, Bukit Raja di Klang, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis mengesan seorang individu yang melarikan diri selepas bergelut dengan seorang anggotanya ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) dekat Persiaran Batu Belah, Bukit Raja, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika SJR dijalankan, terdapat sebuah motosikal jenis Honda RS150 ditunggangi seorang lelaki yang melarikan diri.

“Lelaki tersebut merupakan warganegara melarikan diri daripada SJR dengan meninggalkan motosikalnya selepas berlaku pergelutan tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun, polis menyita motosikal berkenaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 108 akta sama dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Justeru, Vijaya Rao menasihatkan orang ramai supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860,” ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi kira-kira 15 saat memaparkan seorang lelaki dilihat tidak berpuas hati apabila ditahan polis trafik dan bergelut dengan anggota berkenaan sebelum melarikan diri.

Lelaki berkenaan kemudian terus meninggalkan motosikalnya di lokasi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya