Polis kesan individu jual pil ekstasi dalam konsert Pinkfish

Polis kesan individu jual pil ekstasi dalam konsert Pinkfish

Ekstasi Pinkfish
HUSSEIN Omar Khan ditemui pemberita dalam sidang akhbar dekat Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesan terdapat penjualan pil ekstasi yang diperolehi mangsa pada harga RM50 hingga RM100 di dalam dan luar premis konsert Pinkfish sempena ambang tahun baharu pada Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan mangsa mengambil pil tersebut sebelum rebah tidak sedarkan diri antara pukul 10.45 malam hingga 3 pagi pada keesokan hari.

Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat dalam penjualan dadah sintetik tersebut.

“Jadi, maklumat yang kita ada, satu pil dijual RM50, mereka selalu jual dengan pakej, tiga pil RMM100. Masih dalam siasatan lagi dan polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dalam penjualan pil ekstasi pada konsert tersebut.

“Kita dapati kesemua mangsa ada membeli dan menggunakan pil ekstasi dalam konsert tersebut. Jadi, ramai pergi ke konsert itu mulai pukul 4.30 petang dan daripada tujuh itu, kes pertama dilaporkan kira-kira pukul 10.45 hingga 11 malam dan sehingga pukul 3 pagi, susunan masanya.

“Mereka semua juga didapati menggunakan pil ekstasi, ada antara mereka yang meminum minuman beralkohol. Tetapi kita masih menunggu laporan bedah siasat (untuk mengesan) sebarang elemen toksikologi dalam badan mereka dan juga sebab kematian mereka,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur berhubung tujuh individu menerima rawatan tidak sedarkan diri selepas menghadiri konsert Pinkfish di Sunway Lagoon sempena sambutan tahun baharu.

Bagaimanapun, empat individu termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40 tahun meninggal dunia sementara dua masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun seorang lagi dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Jelas Hussein, ketika kejadian kesemua individu itu menerima rawatan awal daripada pasukan kesihatan yang disediakan oleh penganjur sebelum mengatur ambulans bagi membawa mereka ke hospital.

“Hasil siasatan mendapati, seramai tujuh individu yang hadir di konsert tersebut tidak sedarkan diri dan menerima rawatan awal oleh pasukan first aid yang disediakan oleh pihak penganjur konsert di Sunway Lagoon.

“Susulan itu mereka dibawa ke hospital oleh ambulans yang diaturkan oleh pasukan first aid penganjur konsert dan daripada tujuh itu empat meninggal dunia, kemungkinan meninggal dunia sebelum sampai ke hospital, tetapi masih dalam siasatan lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya