Pengasuh dipercayai tinggal bayi dalam tempoh lama

Pengasuh dipercayai tinggal bayi dalam tempoh lama

Taska ditutup
BAYI lelaki berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia apabila dibawa ke hospital selepas berada di bawah jagaan pengasuhnya dekat Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, Selangor, pada Jumaat, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas dijaga sebuah taska dekat Bandar Saujana Putra, di sini, 3 Januari lalu dipercayai ditinggalkan pengasuh dalam tempoh lama ketika dalam jagaannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati terdapat unsur kecuaian yang dilakukan pihak taska berkenaan.

“Siasatan masih berjalan dan dipercayai terdapat pengabaian pengasuh kerana meninggalkan mangsa dalam tempoh masa yang lama tanpa pemantauan.

“Setakat ini, pihak polis mengambil enam keterangan daripada enam individu termasuk suspek (pengasuh), selain memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska tersebut untuk siasatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Khairul Handzalah Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan Mohamed Daud disahkan meninggal dunia selepas menerima bantuan CPR selama 30 minit di Hospital Cyberjaya pada pukul 5.05 petang, 3 Januari lalu.

Malah, anak kedua pasangan Khairul Azwan Mohamed Daud, 33, dan Sri Wahyuni Rahman, 28, dilaporkan berada dalam keadaan pucat dan kebiruan pada bahagian bibir dan kaki ketika dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke hospital berkenaan.

Susulan insiden tersebut, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim mengarahkan taska berkenaan menghentikan operasinya sejak Selasa lalu selepas didapati tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya.

Mohd. Akmalrizal kemudian memaklumkan keputusan bedah siasat ke bayi berkenaan dalam status Pending Lab Analysis.

“Kertas siasatan dirujuk ke Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Terdapat beberapa arahan yang perlu diambil tindakan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya