Pekerja kilang Bangladesh rasuah polis direman enam hari

Pekerja kilang Bangladesh rasuah polis direman enam hari

Rasuah polis
SUSPEK dibawa anggota SPRM untuk direman di Mahkamah Majistret, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes merasuah anggota polis sebanyak RM3,900, kelmarin.

Tempoh reman ke atas suspek berusia 35 tahun itu dibenarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sumber berkata, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Selangor, kira-kira pukul 1.10 petang semalam.

“Suspek yang juga pekerja kilang disyaki cuba memberi rasuah kepada anggota polis di Balai Polis Kuala Selangor. Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan melepaskan seorang rakannya yang ditahan atas kesalahan curi di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, suspek direman sehingga 8 Januari depan bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya