Menyamar polis samun keluarga warga asing

Menyamar polis samun keluarga warga asing

Menyamar polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Perbuatan seorang lelaki menyamar sebagai polis untuk menyamun keluarga warga asing di Jalan Belimbing, Meru di sini, memakan diri apabila dicekup semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa, kira-kira pukul 1.24 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 23 tahun memasuki rumah pengadu dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek kemudian meminta bayaran sebanyak RM4,000 sekiranya mangsa tidak mahu ditangkap.

“Berikutan rasa terancam, mangsa dan ahli keluarga menyerahkan dua cincin emas dan sebuah telefon bimbit kepada suspek yang melarikan diri dengan motosikal,” katanya hari ini.

Menurut Vijaya, hasil maklumat dan siasatan pihaknya berjaya memberkas suspek bersama dengan barang rampasan.

“Suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 392 dan 170 Kanun Keseksaan yang antaranya memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang menyamar anggota polis untuk melakukan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya