Maritim Malaysia sahkan warga asing tiada dokumen pengenalan

Maritim Malaysia sahkan warga asing ditembak tiada dokumen pengenalan

Dokumen pengenalan
BOT warga asing ditunda pasukan Maritim Malaysia Selangor ke pengkalan mereka dekat Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, semalam. - Gambar Maritim Malaysia Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan dua warga asing termasuk seorang yang maut di dalam sebuah bot terdampar dekat Pantai Morib, tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya mengesyaki kedua-dua lelaki warga Indonesia.

“Maritim Malaysia menerima aduan daripada orang awam mengenai sebuah bot fiber tersadai dekat beting lumpur, kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Pulau Carey, pagi semalam.

“Sebaik tiba di lokasi, Maritim Malaysia mendapati bot berkenaan berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan tersadai dan pemeriksaan lanjut menemukan dua lelaki, seorang cedera, seorang lagi tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Jelasnya, bot yang membawa kedua-dua mangsa itu dibawa ke Jeti Pontoon Maritim Malaysia Selangor untuk tindakan lanjut sebelum pihaknya menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan perubatan.

“Pasukan ambulans dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) tiba di jeti dan memberikan rawatan awal. Malangnya, mangsa yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” tambahnya.

Bagaimanapun, Abdul Muhaimin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan di perairan negara.

“Pihak Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kini menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden itu.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan, orang ramai diminta untuk menghubungi pihak berkuasa di talian 999 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan dekat perairan berhampiran Pantai Morib.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, identiti individu yang terbunuh masih belum dikenal pasti, manakala empat mangsa lain dipercayai warga Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya