Dua syarikat seludup kenderaan Jepun RM1.1 juta digempur

Dua syarikat alat ganti seludup kenderaan Jepun RM1.1 juta digempur

Kenderaan Jepun
NORLELA Ismail menunjukkan motosikal disita pihaknya, pada sidang akhbar dekat Wisma Kastam Pelabuhan Utara, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kegiatan dua syarikat menjual alat ganti kenderaan disyaki menyeludup kereta dan motosikal terpakai dari Jepun tanpa permit import mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa, 19 November lalu.

Serbuan menerusi Ops Tengu itu dilakukan pasukan penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Unit Dua ke atas tiga buah premis berasingan di sekitar Batu Caves, Gombak.

Selain rampasan puluhan kenderaan bernilai RM1.19 juta termasuk cukai, tiga individu dipercayai pengarah syarikat berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan premis yang menyimpan kenderaan dan motosikal import terpakai serta alat ganti kenderaan yang diseludup ke negara ini.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada sitaan tiga kereta import terpakai, 54 motosikal dan 25 motosikal mini import terpakai. Semakan juga mendapati semua kenderaan itu disyaki tidak mempunyai permit import dan dokumen pengimportan lain.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM522,526 dan RM674,861 bagi duit serta cukai. Tiga individu iaitu pengarah dua syarikat turut ditahan bagi tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Tambah Norlela, pengimportan dagangan tertakluk kepada permit import yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI).

“Siasatan awal mendapati semua kereta dan motosikal itu dipercayai dibawa masuk dari negara matahari terbit (Jepun). Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai dalam miliknya barang-barang tidak berkastam,” ujarnya.

Dalam kes berasingan, kata Norlela, pihaknya turut merampas 11,080 barangan elektrik bernilai RM678,000 termasuk cukai menerusi penahanan empat kontena di Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara pada 28 November, 4 dan 10 Disember tahun lalu.

“Rampasan antaranya melibatkan periuk nasi elektrik, ketuhar penggoreng udara dan pengukus (steam air fryer oven). Semua barangan yang diikrar sebagai periuk dan pengukus itu didapati tiada Perakuan Kelulusan daripasa Suruhanjaya Tenaga (ST) dan SIRIM Berhad (SIRIM),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya