201 ulat teksi KLIA ‘cekik’ pelancong asing tumpas

201 ulat teksi KLIA ‘cekik’ pelancong asing tumpas

Ulat tiket
AZRIN Borhan memeriksa bas ekspres dalam Operasi Terminal Bas dekat Terminal 17, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 201 ulat teksi yang ‘mencekik’ pelancong asing dengan mengenakan tambang sehingga RM350 bagi perjalanan sekitar Lembah Klang sepanjang tahun lalu tumpas menerusi penyamaran anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ Selangor, Azri Borhan berkata, penyamaran dilakukan JPJ dalam pelbagai siri operasi itu membongkar kegiatan berkenaan yang menyasarkan warga asing dengan ‘pujukan’ dan tawaran kononnya harga itu adalah murah.

“Sebagai contoh, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Subang, ada ulat teksi mengenakan tambang sehingga RM350 berbanding teksi atau limosin berdaftar yang tambangnya lebih murah.

“Jadi, kita berharap supaya individu terlibat menghentikan modus operandi dan kegiatan sedemikian kerana tidak mempunyai permit dan lesen yang sah untuk membawa penumpang dari satu destinasi ke destinasi lain,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Operasi Terminal Bas, malam tadi.

Jelasnya, JPJ menjalankan penyamaran tersebut selama 24 jam, malah kini masih berjalan di KLIA dan menyasarkan untuk melakukan operasi sama di hotel-hotel serta pusat beli belah yang juga menjadi lokasi tumpuan ulat teksi.

Selain itu, Azrin memberitahu pihaknya akan melipatgandakan usaha memantau perkhidmatan pengangkutan awam terutama ketika Kepengerusian ASEAN Malaysia dan sidang kemuncaknya pada tahun ini.

“Operasi tersebut dijalankan bagi memastikan nama negara tidak tercemar dengan tindakan oleh ulat-ulat teksi yang menyasarkan warga asing.

“Malah, kita akan memastikan semua penumpang (termasuk delegasi luar) yang tiba di KLIA supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam teksi atau limosin yang sah dan berdaftar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya