Remaja ganggu isteri orang maut ditikam lebih 20 kali

Remaja ganggu isteri orang maut ditikam lebih 20 kali

S. VIJAYA RAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Remaja warga Myanmar maut selepas ditikam lebih 20 kali oleh rakan senegaranya yang mempercayai lelaki itu bercinta dengan isterinya dalam kejadian dekat Taman Klang Utama, di sini pada Ahad lalu.

Lelaki berusia 16 tahun itu ditikam hampir di seluruh badan termasuk di bahagian leher dalam kejadian yang berlaku dekat belakang sebuah pasar raya, kira-kira pukul 10.58 malam itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, polis menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam kelmarin dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri di tempat kejadian.

Menurutnya, susulan itu polis menahan lima lelaki warga Myanmar berusia 25 hingga 40 tahun termasuk suami kepada wanita yang diganggu mangsa di sekitar daerah ini beberapa jam kemudian.

“Semakan mendapati mangsa bekerja salah sebuah kedai runcit di lokasi tersebut. Setakat ini, punca dipercayai akibat cemburu salah seorang suspek yang menyangka isterinya menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa itu,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Jelasnya, kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja yang jaraknya kira-kira satu kilometer (km) berdasarkan penemuan basikal yang digunakan mangsa.

“Semakan terhadap wanita yang merupakan isteri kepada suspek mendapati dia turut bekerja di tempat sama dengan mangsa.

“Kesemua suspek serta mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap,” ujarnya.

Dalam pada itu, Vijaya Rao memaklumkan polis turut merampas telefon bimbit milik kesemua suspek selain mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Lima suspek itu kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya