Ganja dalam bungkusan gula-gula, coklat dirampas

Ganja dalam bungkusan gula-gula, coklat dirampas

Ganja gula-gula
NORLELA Ismail ketika menunjukkan antara produk makanan yang berisi ganja dirampas JKDM, pada sidang akhbar dekat Wisma JKDM Pelabuhan Utara, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cubaan mengelirukan pihak berkuasa dengan menyeludup ganja yang dibungkus dalam bentuk produk makanan ringan seperti gula-gula dan coklat dari benua Amerika gagal apabila kotak bungkusannya dikesan dalam sebuah gudang perkhidmatan kurier di Bukit Jelutong, baru-baru ini.

Selain bungkusan sedemikian, dadah berkenaan turut disimpan dalam bentuk cecair rokok elektronik serta gel.

Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, barangan tersebut dikesan dalam operasi pada 3 Oktober lalu dan siasatan mendapati bungkusan kotak itu diikrar sebagai barangan hiasan perkahwinan.

“Ia diimport dari negara benua Amerika, ganja itu dicampurkan dalam coklat dan bungkusan gumpalan daunnya pula berbentuk gula-gula. Kita sudah pergi ke alamat bungkusan tersebut di Kuala Lumpur, namun gagal mengesan penerimanya.

“Kuantiti sitaan dadah tersebut adalah seberat 448 gram yang dianggarkan bernilai RM13, 555,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan individu terlibat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berasingan, Norlela turut memaklumkan sejumlah 26,400 liter ethanol berjaya dirampas susulan pemeriksaan terhadap 160 tong drum di Pelabuhan Barat pada 5 November lalu.

“Kesemua barangan itu diletakkan dalam sebuah kontena dipercayai dari China. Siasatan juga mendapati dagangan itu dibawa masuk tanpa permit import dan diisytiharkan sebagai sejenis bahan kimia Dithiocarbonates untuk kegunaan racun serangga.

“Nilai rampasan termasuk duti cukai berjumlah RM2.57 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 dan 133 (1) (a) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya