Warga emas berlumuran darah akibat disamun

Warga emas berlumuran darah akibat disamun

Warga emas disamun
KEADAAN warga emas yang tular cedera dalam kejadian samun dekat Jalan Bayu Villa, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

8KLANG: Seorang wanita warga emas cedera berlumuran darah disamun penjenayah bermotosikal yang melarikan barang berharga miliknya di Jalan Bayu Villa, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), kira-kira pukul 4.30 petang, 26 Oktober lalu.

Menurutnya, insiden tersebut melibatkan seorang wanita tempatan berusia 69 tahun yang cedera pada kedua-dua tangannya.

“Mangsa memaklumkan telah disamun dua suspek menaiki motosikal dengan berpakaian jaket hitam dan bertopi keledar. Wanita yang cedera itu turut kehilangan kad pengenalan, kad bank, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai sebelum dihantar ke HTAR bagi rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Hoong Fong, pihaknya sedang mempergiatkan usaha mengesan dan menahan suspek terlibat.

“Kertas siasatan kes berkenaan telah dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular gambar dan video memaparkan keadaan wanita itu yang cedera dengan bajunya berlumuran darah dalam kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya