Port penagih tunggu tokan dadah digempur

Port penagih tunggu tokan dadah digempur

Port dadah
ANTARA suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kajang dan Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sarang penagih berkumpul menunggu tokan atau pengedar dadah untuk melepaskan gian digempur di sekitar daerah ini dan Kajang, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, Operasi (Op) Sarang itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor antara 28 Oktober hingga 3 November lalu.

“Operasi itu berjaya menahan seramai 10 lelaki termasuk tiga warga asing berusia lingkungan 20 hingga 60-an. Polis turut merampas dadah heroin dianggarkan seberat 4.25 gram dan 0.61 gram,” katanya hari ini.

Jelasnya, lokasi serbuan merupakan tempat penagih berkumpul menunggu pengedar yang akan menyerahkan dadah.

“Siasatan mendapati dua daripada suspek yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pengedar. Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tambah Sasikala lagi, operasi itu antara inisiatif membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan yang dikenal pasti sebagai sarang pengedar dan penagih di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya