Penjawat awam direman rasuah jabatan penyiaran

Penjawat awam direman rasuah jabatan penyiaran

Penjawat awam
SUSPEK dibawa anggota SPRM untuk permohonan reman dekat Mahkamah Majistret, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penjawat awam direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM18,000 berkaitan pelantikan mendapatkan perolehan perkhidmatan yang dikeluarkan sebuah jabatan penyiaran negara, tahun lalu.

Tempoh reman ke atas lelaki berusia lingkungan 40-an itu dibenarkan sehingga 4 November oleh Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret, hari ini.

Menurut sumber, suspek tempatan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki menerima rasuah bagi mendapatkan perolehan perkhidmatan seperti sewaan lori, cetakan bahan promosi selain penyediaan makanan dan minuman melibatkan penganjuran program pada 2023.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan menerima kir-kira RM18,000 menerusi kemasukan wang ke akaun bank miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya