Imigresen bongkar aktiviti pelacuran PATI dipromosi dalam talian

Imigresen bongkar aktiviti pelacuran PATI dipromosi dalam talian

Pelacuran
Aktiviti pelacuran di sekitar daerah Petaling terbongkar selepas tindakan mencari pelanggan secara dalam talian dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor yang melakukan serbuan dalam tiga operasi di dua lokasi berasingan, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Aktiviti pelacuran di sekitar daerah Petaling terbongkar selepas tindakan mencari pelanggan secara dalam talian dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor yang melakukan serbuan dalam tiga operasi di dua lokasi berasingan, kelmarin.

Ketika serbuan, ada antara mereka menawarkan perkhidmatan seks serendah RM200 dalam satu-satu sesi, malah terdapat juga yang sedang leka melayan pelanggan ketika pegawai dan anggota JIM membuat pemeriksaan.

Pengarahnya, Khairul Aminus Kamaruddin berkata, serbuan selama lima jam bermula pukul 10 malam di sekitar Shah Alam dan Damansara menerusi Operasi (Op) Gegar, Sapu dan Selera dibuat selepas risikan terhadap aktiviti tidak bermoral dan warga asing di kawasan berkenaan.

Menurutnya, selain aktiviti tersebut, JIM turut membuat pemeriksaan terhadap dua premis kedai makan, pusat urut dan sebuah hostel pekerja yang menempatkan warga asing serta pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Terdapat penghuni hostel enggan memberi kerjasama sehingga memaksa pihak penguatkuasa memecahkan pintu premis yang menempatkan pekerja pusat urut.

“Kemudian ada juga yang cuba melarikan diri serta menyorok di sebalik tilam dan belakang tangga untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam pada itu, Khairul Aminus memaklumkan ketika serbuan, seramai 43 orang diperiksa dan 39 daripadanya termasuk 16 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua orang yang ditahan melibatkan tiga wanita warga Indonesia, lima lelaki warga Bangladesh, lima wanita Vietnam, empat lelaki dan tujuh wanita Thailand, seorang wanita China, tiga lelaki Myanmar, seorang lelaki Sri Lanka, lapan lelaki India dan seorang lelaki Malaysia.

“Lelaki tempatan itu merupakan majikan pusat urut dan JIM turut mengeluarkan saman saksi terhadap lima individu bagi membantu siasatan, ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya