Dua melecur kabel cuba dicuri meletup

Dua melecur kabel cuba dicuri meletup

Curi kabel
SUSPEK yang cedera dalam kejadian curi kabel pencawang elektrik dekat Seksyen 6, Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Cubaan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Seksyen 6 di sini, semalam memakan diri apabila cedera melecur akibat letupan.

Kejadian itu mengakibatkan suspek berusia 31 dan 49 tahun melecur di muka, tangan dan kaki akibat terkena letupan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan insiden itu daripada wakil TNB, kira-kira pukul 12.17 tengah hari yang mendapati mendapati dua suspek menceroboh masuk ke dalam kawasan pencawang elektrik berkenaan.

“Mereka kemudian cuba memotong kabel hingga menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran. Kedua-dua suspek yang cedera dikejarkan ke Hospital Shah Alam bagi rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” katanya malam tadi.

Beliau menambah, kejadian itu mengakibatkan gangguan sistem bekalan elektrik di sekitar lokasi tersebut.

“Jumlah anggaran kerugian dialami berjumlah RM350,000 bagi kos pembaikan dan pemasangan semula kabel. Pemeriksaan turut menemukan peralatan pemotong kabel di lokasi kejadian,” jelasnya.

Tambah beliau, semakan mendapati dua lelaki itu masing-masing mempunyai 21 dan 10 rekod jenayah lampau.

“Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450 atau balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya