Dadah bernilai lebih RM5.2 juta dilupuskan

Dadah bernilai lebih RM5.2 juta dilupuskan

PROSES pelupusan dadah yang dilakukan di Dataran Kawad IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 651 kilogram merangkumi pelbagai jenis dadah dan racun dilupuskan melalui Pelupusan Barang Kes Dadah Siri 1/2024 yang diadakan di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, barang kes yang terlibat bernilai lebih RM5.2 juta membabitkan sebanyak 1,921 kertas siasatan dari 2002 hingga 2024.

Jelasnya, proses pelupusan menggunakan khidmat Kualiti Alam Sdn. Bhd. memandangkan syarikat itu mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual.

“Barang kes yang terlibat dalam proses pelupusan pada kali ini bernilai RM5,282,831.77 membabitkan 1,921 kertas siasatan bagi 2002 hingga 2024 merangkumi pelbagai jenis dadah serta racun seberat 651,909.85 gram.

“Kesemua barang kes tersebut telah selesai prosiding di mahkamah dan dianalisis oleh Jabatan Kimia,” katanya.

Tambah Zainol, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Melaka komited dalam membanteras sebarang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

“Saya memohon kerjasama daripada seluruh masyarakat agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti tersebut kepada pihak polis. Sebarang maklumat serta aduan boleh disalurkan di talian 012-2087222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya