Cedera dipukul, dihalau dari Dataran Shah Alam

Cedera dipukul, dihalau dari Dataran Shah Alam

Dataran Shah Alam
DUA lelaki tular bergaduh dekat Dataran Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suasana di Dataran Shah Alam di sini, kecoh apabila seorang lelaki dipercayai dicederakan individu tidak dikenali yang menghalaunya dari kawasan itu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata,
pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tular itu daripada mangsa berusia 48 tahun, Isnin lalu.

“Mangsa yang berada di dalam kereta bersendirian mendakwa didatangi seorang lelaki berusia 40-an yang menghalau keluar dari kawasan dataran tersebut. Kejadian itu menyebabkan berlalu pertengkaran mulut dan pergelutan di antara mereka.

“Suspek dikatakan terlebih dulu bertindak memukul dengan tangan sebelum mangsa membalasnya,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambah Mohd. Iqbal, bagaimanapun pergaduhan itu dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi tersebut.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kesan calar di lengan tangan sebelah kanan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda tidak lebih RM2,000, jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Justeru, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062 atau balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya