Beg berisi RM1 juta terjatuh di AKLEH sudah dijumpai

Beg berisi RM1 juta terjatuh di AKLEH sudah dijumpai

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang semalam dalam kejadian di Ampang Point, Ampang Jaya sudah ditemui.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, semasa kejadian, beg berisi wang itu telah dibawa keluar dari sebuah bank di Ampang Point menuju Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati beg itu dipercayai terjatuh semasa van tersebut melalui selekoh di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

“Wang tersebut ditemui oleh pengguna jalan raya yang turut melalui laluan sama tidak lama selepas beg tersebut terjatuh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Semalam, media melaporkan wang tunai RM1 juta yang diisi di dalam beg dilaporkan hilang di Ampang Point.

Sejurus itu, satu laporan polis dibuat pada pukul 3.55 petang.

Wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank.

Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN