Pemilihan Pesaka Melaka ditangguh ekoran dakwaan isu rasuah

Pemilihan Pesaka Melaka ditangguh ekoran dakwaan isu rasuah

MOHAMAD ALI Mohamad bercakap dalam sidang akhbar di Baitul Tariq, Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA:  Persidangan Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Melaka Ke-23 yang berlangsung di Baitul Tariq, Klebang di sini, Ahad lalu yang melibatkan proses pemilihan kepemimpinan baharu terpaksa ditangguhkan ekoran dakwaan ada unsur rasuah.

Yang Dipertua Pesaka Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, perkara itu terbongkar selepas beliau menerima aduan daripada beberapa guru silat mendakwa menerima sejumlah wang daripada pihak yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

Jelasnya, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dilakukan Isnin lalu berhubung dakwaan itu.

“Dalam mesyuarat yang lepas, saya telah menangguhkan mesyuarat tersebut pada masa yang akan kita bincangkan kemudian. Penangguhan ini adalah di atas sebab saya telah mendapat laporan daripada beberapa guru silat.

“Mereka menerima rasuah daripada pihak tertentu yang menawarkan diri untuk bertanding dalam kepemimpinan silat Pesaka Melaka. Pada 21 Oktober, saya telah melunaskan janji saya kepada semua para perwakilan Pesaka iaitu membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya.

“Jadi saya mohon supaya laporan ini diambil maklum dan diambil tindakan kerana kita tidak mahu dalam Pesaka ini ada unsur-unsur rasuah dan unsur-unsur yang akhirnya akan merosakkan persatuan silat,” katanya dalam sidang akhbar di Baitul Tariq, semalam.

Tambah Mohamad Ali, perbuatan itu didalangi orang luar daripada Pesaka Melaka yang menyogok setiap guru silat sebanyak RM400 untuk diberikan kepada perwakilan bagi pemilihan jawatan Yang Dipertua.

“Perbuatan campur tangan daripada pihak luar ini yang mahu merosakkan Pesaka dengan amalan rasuah kepada perwakilan tidak sepatutnya berlaku dan akan ditentang habis-habisan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya