Lelaki dakwa tak dilayan ketika hendak beli 1kg emas

Lelaki dakwa tak dilayan ketika hendak beli 1kg emas

Kompleks PKNS
TANGKAP layar daripada sebuah video tular memaparkan seorang lelaki cuba membawa masuk seekor anjing masuk ke Kompleks PKNS di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki mendakwa dia tidak dilayan ketika hendak membeli emas seberat satu kilogram (kg) dari sebuah kedai di Kompleks PKNS, di sini menyebabkan dia bertindak membawa masuk anjing peliharaannya ke pusat beli-belah itu.

Sebelum itu lelaki berkenaan sudah pun mengikat anjingnya pada suatu tempat di pekarangan lobi utama dan memasuki premis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kemudian selepas berlaku pertengkaran, lelaki berusia 52 tahun itu keluar lalu menjinjing anjingnya dan cuba masuk kembali sebelum dihalang pengawal keselamatan yang bertugas.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu kira-kira pukul 11.20 pagi.

“Orang awam berada di kedai emas tersebut telah bertindak membantu mententeramkan saspek dan telah berlaku pergelutan. Pengawal keselamatan Kompleks PKNS meleraikan keadaan dan membawa suspek keluar dari bangunan.

“Namun membuat provokasi dan cuba untuk membawa masuk anjing peliharaanya ke dalam bangunan, tetapi tidak berjaya dan dihalang oleh pengawal keselamatan bertugas,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, selepas insiden tersebut suspek membuat laporan polis, selain itu dua saksi kejadian turut membuat perkara yang sama.

Justeru, polis membuka dua kertas siasatan masing-masing di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 290 kanun sama, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Jelas Mohd. Iqbal, di bawah peruntukan undang-undang tersebut, sabit kesalahan pelaku boleh dikenakan penjara sehingga setahun dan denda RM2,000 bagi Seksyen 323, manakala Seksyen 290 pula memperuntukkan hukuman denda sehingga RM400.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, masing-masing memperuntukkan hukuman denda RM100 dan RM50,000 serta penjara setahun jika didapati bersalah.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450 dan Penolong Penyiasat Jenayah Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikatakan sengaja melakukan provokasi dengan cuba membawa anjing masuk ke Kompleks PKNS dan memaki hamun pengawal bertugas yang cuba menghalangnya.

Bagaimanapun, Pengurusan PKNS Real Estate ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan sedia bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya