Kereta hangus terbakar ketika curi 30 tandan sawit

Kereta hangus terbakar ketika curi 30 tandan sawit

KERETA Proton Iriz yang dinaiki suspek terbakar ketika melarikan 30 tandan buah kelapa sawit di Kampung Bukit Kepok, Merlimau, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Hasrat sepasang suami isteri untuk melarikan sebanyak 30 tandan buah kelapa sawit dengan anggaran berat mencecah 700 kilogram (kg) yang dicuri dari ladang di Merlimau di sini, tidak kesampaian selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terbakar di Kampung Bukit Kepok, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kedua-dua suspek ditahan di pekarangan Balai Polis Merlimau kira-kira pukul 11.15 malam, kelmarin ketika hadir membuat laporan berhubung kereta Proton Iriz yang terbakar.

Jelasnya, si suami berusia 26 tahun direman sehingga Jumaat ini manakala isterinya berumur 25 tahun direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Kecurian disedari pengadu iaitu anggota polis bantuan di ladang berkenaan apabila mendapati kesan mencurigakan di lereng sempadan, kira-kira pukul 5 petang pada 3 Oktober lalu. Pengadu kemudian membuat pemeriksaan dalam parit sempadan dan menjumpai sawit yang sudah terlerai tanpa tandan.

“Pemeriksaan dalam ladang mendapati terdapat kesan tandan sawit dipotong di 21 batang pokok. Dianggarkan kehilangan melibatkan 30 tandan buah kelapa sawit bernilai RM500.

“Kereta suspek terbabas ketika membawa keluar sawit dan kemudiannya terbakar. Suspek sempat melarikan diri dan hadir ke balai polis pada Isnin lalu untuk membuat laporan berhubung kereta yang terbakar,” katanya.

Tambah Ahmad Jamil, semakan mendapati suspek lelaki mempunyai enam rekod jenayah membabitkan kes jenayah dan narkotik manakala si isteri dengan empat rekod berkaitan jenayah sama.

“Kereta berkenaan dipercayai terbakar selepas terbabas akibat membawa muatan berlebihan kelapa sawit yang dicuri, berdasarkan penemuan sebilah sabit berhulu besi, berukuran panjang kira-kira 12 kaki,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya