41 tukang urut, tukang gunting warga asing dicekup

41 tukang urut, tukang gunting warga asing dicekup

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan dalam Op Gegar dan Op Dandan di sebuah pasar raya di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 41 tukang urut dan tukang gunting warga asing ditahan dalam Op Gegar dan Op Dandan di sebuah pasar raya terkenal di bandar raya ini.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam serbuan bermula pukul 4 petang itu, seramai 108 warga asing dan warga tempatan diperiksa di pusat refleksologi dan premis dandanan tersebut.

“Kita menahan 41 warga asing berusia antara 18 hingga 53 tahun dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pengurus premis di sebuah pusat refleksologi. Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan 11 wanita warga Myanmar, tiga lelaki dan 11 wanita Indonesia serta seorang lelaki dan dua wanita Filipina. Turut ditahan seorang wanita Thailand dan empat wanita Vietnam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Rusdi memberitahu, serbuan dilakukan susulan aduan awam berkaitan warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas atau permit yang sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial (PSL). 

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya