Tiada aduan pengasuh Al Fateh dera anak sendiri

Tiada aduan pengasuh Al Fateh dera anak sendiri

SUSPEK direman selama tujuh hari selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka untuk permohonan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan pengasuh wanita yang ditahan kerana disyaki menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry, sama ada suspek pernah melalukan penderaan fizikal terhadap tiga anak kandungnya yang masih kecil.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya juga belum memanggil suami kepada suspek berusia 34 tahun itu untuk membantu siasatan, susulan tiada aduan diterima berkaitan kes dera.

Katanya, suspek mempunyai tiga anak berusia dua, enam dan lapan tahun.

“Setakat ini tiada (laporan penderaan membabitkan anak-anak suspek),” katanya ringkas.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, pengasuh yang dikatakan menekap muka Muhammad Al Fateh Amri sehingga menyebabkan mangsa maut dalam kejadian di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, Jumaat lalu direman tujuh hari.

Perintah reman sehingga Jumaat dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap suspek berusia 34 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, mendakwa, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan, suspek dilihat membedung, menyumbat botol susu, menutup dengan kain dan menekup menggunakan bantal sehingga menyebabkan mangsa maut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN