Pengasuh dipercayai tekup muka bayi direman pagi ini

Pengasuh dipercayai tekup muka bayi direman pagi ini

ALLAHYARHAM Muhammad Al Fateh Amri dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis mengesahkan telah menahan seorang pengasuh berusia 34 tahun yang disyaki terlibat dengan kes kematian seorang bayi lelaki lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Ujarnya, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu akan direman di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh pagi ini.

“Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

ALLAHYARHAM Muhammad Al Fateh Amri meninggal dunia di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itu istilah tepat yang boleh menggambarkan perbuatan seorang pengasuh yang didakwa membedung, menyumbat botol susu, menutup dengan kain dan menekup menggunakan bantal terhadap seorang bayi berusia lapan bulan, sehingga menyebabkan mangsa maut.

Menurut bapa mangsa, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, perbuatan itu dilihatnya sendiri dilakukan pengasuh itu terhadap Allahyarham anak lelakinya, Muhammad Al Fateh Amri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan.

Katanya, amat menyayat hati apabila anak sulung yang dikurniakan Ilahi selepas hampir 13 tahun menanti, meninggal dunia akibat perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian, hanya selepas lima hari Al Fateh dihantar ke taska yang beroperasi di Taman Kelemak Utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya