Penemuan mayat tanpa pakaian di Klebang, tiada unsur jenayah

Penemuan mayat tanpa pakaian di Klebang, tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki tanpa pakaian serta dalam keadaan tidak sempurna di Klebang di sini, yang klip video berkaitannya tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil bedah siasat menunjukkan bahawa punca kematian lelaki tempatan berusia 71 tahun itu adalah kerana serangan jantung.

Tegasnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut manakala pemeriksaan pada tubuh si mati dan kawasan sekitar mendapati tiada unsur perbuatan jenayah.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.20 petang daripada orang awam memberitahu mayat seorang lelaki ditemui di kawasan tanah lapang di Pantai Eye On.

“Mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 71 tahun dan pemeriksaan pada tubuh badan si mati dan kawasan sekitar mendapati tiada unsur perbuatan jenayah. Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka dan hasil bedah siasat kematian si mati disebabkan serangan jantung,” katanya.

Video tular berdurasi 14 saat itu mendakwa si mati telah dipotong lantas mengundang pelbagai reaksi dan mencetuskan ketakutan masyarakat.

Tambah Christopher, orang ramai diingatkan untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN