Pelakon ke Bukit Aman bukan diambil keterangan tapi jelaskan mengenai siasatan - JSJK 

Pelakon ke Bukit Aman bukan diambil keterangan tapi jelaskan mengenai siasatan – JSJK 

Ramli Mohamed Yoosuf (tengah) dan pelakon, Betty Banafe (kanan) dalam pertemuan diadakan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kehadiran seorang pelakon wanita dan adiknya ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pagi ini tetapi  bukan untuk dirakam keterangan sebaliknya  bagi menjelaskan mengenai siasatan dilakukan polis.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, tiada sebarang proses mengambil keterangan dilakukan hari ini.

“Pertemuan pagi ini hanyalah bagi menjelaskan mengenai siasatan yang dilakukan sahaja,” kata Ramli.

Terdahulu, satu jemputan media memaklumkan pelakon Betty Benafee dan adiknya Datuk Shakib Banafee akan dipanggil ke Bukit Aman pagi ini.

Kehadiran mereka adalah bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa laporan kes berprofil tinggi yang dibuat tetapi didakwa tidak diambil tindakan oleh pihak polis. 

Pada 8 September lalu, polis menyifatkan dakwaan pelakon wanita itu kononnya polis gagal menyiasat 14 laporan dibuatnya sejak dua tahun lalu adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Ini selepas satu video di TikTok dimuat naik pelakon berkenaan yang menyatakan polis tidak membuat siasatan.

Ramli dalam kenyataan sebelum ini berkata, semua laporan polis terbabit disiasat dengan sewajarnya oleh polis melalui dua kertas siasatan yang dibuka masing-masing mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kata beliau, berdasarkan semakan, 14 laporan polis dibuat oleh adik kepada pelakom wanita berkenaan iaitu Shakib Abu Bakar Banafee dan empat penama lain yang berkaitan.

Siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan sudah selesai dan kes diputuskan tiada tindakan lanjut atau NFA (no further action) oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu.

Ini selepas  Jabatan Peguam Negara  mendapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes itu.

Selepas itu, siasatan kes tersebut dirujuk dan disemak semula oleh pihak peguam cara negara pada Ogos lalu dan keputusan tiada tindakan lanjut atau NFA dikekalkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pegawai penyiasat juga sudah mengemukakan pemberitahuan kepada pengadu dalam kes ini mengenai keputusan siasatan.

Jelas beliau, bagi kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan masih dijalankan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya