ALOR GAJAH: Polis percaya bahawa dua suspek termasuk seorang wanita yang sedang diburu selepas disyaki melarikan dua utas gelang emas dari sebuah kedai emas di Arked Mara Alor Gajah di sini, semalam turut terlibat dengan kejadian sama di Pulau Sebang, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, hasil semakan, kejadian di sebuah lagi kedai emas di Pulau Sebang turut mengguna pakai modus operandi sama membabitkan kerugian kira-kira RM15,000. Ujarnya, dianggarkan suspek wanita itu berusia antara 30 hingga 40 tahun. “Modus operandi digunakan adalah sama iaitu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya