NIBONG TEBAL : Polis percaya bahawa sekurang-kurangnya 13 kes kecurian kabel di sekitar Seberang Perai telah berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya tiga orang lelaki, semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 31 hingga 33 tahun itu diberkas di Jalan Bukit Panchor di sini, kira-kira pukul 4.25 pagi. Terdahulu katanya, sepasukan anggota polis yang sedang bertugas telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki suspek. Hamzah berkata, pihaknya kemudian mengarahkan kenderaan terbabit berhenti untuk pemeriksaan kerana dilihat berada dalam keadaan yang mencurigakan. “Hasil pemeriksaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya