MELAKA: Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai mengambil upah daripada sindiket along yang beroperasi di Singapura untuk melakukan khianat dengan membakar kenderaan dan rumah peminjam menggunakan bom petrol buatan sendiri, semalam. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 25 tahun itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bakar kenderaan di Taman Mengkuang, Masjid Tanah dekat sini pada 6 Jun lalu. Ujarnya, sebelum ini suspek ada meninggalkan nota ugutan untuk membakar rumah dan kereta mangsa. Jelasnya, penahanan dibuat di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur oleh Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya