JASIN: Seorang pelajar tingkatan tiga direman tujuh hari sehingga Ahad ini selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, sejak pertengahan tahun lalu. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd. Firdaus Salleh hari ini selepas suspek diberkas polis berikutan laporan dibuat ibu mangsa berumur 43 tahun yang juga seorang peniaga. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian tidak bermoral itu kali pertama berlaku pada pertengahan 2023 di sebuah rumah di Bemban di sini, yang mana suspek melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya