Warga Indonesia terjun Sungai Melaka, pasport meragukan

Warga Indonesia terjun Sungai Melaka, pasport meragukan

LELAKI warga Indonesia (tengah) ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen selepas terjun ke dalam Sungai Melaka berhadapan Kampung Morten, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Khuatir ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen, seorang lelaki warga Indonesia nekad terjun ke dalam Sungai Melaka berhadapan Kampung Morten di sini, ketika Operasi Selera (Op Selera) dilakukan di premis penjaja yang menjual makanan di sekitar tepi sungai itu, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam, lelaki berusia 33 tahun itu berjaya ditahan beberapa minit kemudian selepas suspek menyeberangi sungai dengan dibantu beberapa penduduk kampung.

Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, meskipun suspek mempunyai pasport, namun pemeriksaan mendapati tiada cop pas lawatan sosial untuk pelancong dan tiada pelekat bagi pas lawatan kerja sementara direkodkan dalam dokumen perjalanan miliknya.

“Ketika operasi dijalankan, suspek bersama beberapa orang rakannya sedang bersiar-siar di tepi Sungai Melaka. Anggota penguat kuasa meronda di kawasan pelancongan untuk menjayakan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Membantu agensi keselamatan lain bagi memastikan tahap jenayah ke atas para pelancong berada di tahap minimum. Kejadian berlaku apabila Jabatan Imigresen telah membuat serbuan ke atas gerai-gerai menjual makanan di tepi Sungai Melaka menerusi ‘Op Selera’ yang dijalankan bermula pukul 2 petang hingga 11 malam.

“Operasi penguatkuasaan ini berdasarkan kepada aduan diterima berkaitan warga asing yang bekerja menjual makanan di sekitar Sungai Melaka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Anirwan Fauzee, dalam operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dijalankan di sekitar Bandaraya Melaka, seramai 70 warga asing diperiksa manakala 36 daripadanya ditahan.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, 12 lelaki dan empat wanita warga Indonesia, lima lelaki warga Sri Lanka serta seorang lelaki warga Bangladesh.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan dengan bekerja tanpa suatu pas atau permit kerja yang sah dan telah melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan. Kesemua yang ditangkap berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun.

“Sebanyak 11 saman kepada saksi telah dikeluarkan kepada majikan untuk hadir bagi membantu siasatan. Sebanyak 10 premis telah diperiksa melibatkan sebuah kelab golf, pusat mencuci kenderaan, kebun sayur dan beberapa penempatan warga asing,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya